29 Disember 2013-
Sebanyak RM660 telah dapat dikumpulkan hasil sumbangan barangan terpakai oleh
para penduduk Sri Sabah 3B. Barangan terpakai yang telah disumbangkan adalah
seperti surat khabar lama, majalah, buku-buku yang tidak mahu digunakan,
barangan elektrik, barangan kaca dan barangan plastik. Barangan ini telah
dikutip dari rumah ke rumah oleh para Pemuda UMNO Cawangan sejak Isnin lalu; 23
Disember 2013 sehingga Ahad; 29 Disember 2013.
Barangan terpakai tersebut kemudiannya telah
dikumpulkan dan dijual semula untuk dikitar semula bagi menjana dana untuk
dihulurkan kepada mangsa banjir. Sumbangan ini dihulurkan melalui Tabung
Bantuan Mangsa Banjir NSTP. Bantuan ini telahpun selamat disampaikan oleh
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Sabah 3B, Rhymifitri Bin Abdul Rahim.
Selain aktiviti pengumpulan barangan terpakai,
jualan amal turut diadakan bagi membantu mengumpul dana tersebut. Puteri UMNO
Cawangan telah bertungkus lumus menjual barangan terpakai seperti tudung,
selendang, pin tudung dan beg tangan pada hari Sabtu dan Ahad lalu di tapak
Pasar Sri Sabah 3B bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Produk makanan seperti laksa goreng, puding karamel dan marshmellow celup coklat turut dijual di tapak pasar tersebut. Kesemua barangan jualan adalah hasil sumbangan para penduduk yang prihatin terhadap mangsa banjir.
Ketua Wanita UMNO Cawangan, Puan Azizah Borhan turut mencadangkan agar program sebegini diadakan secara tahunan memandangkan manfaat yang diterima oleh penderma, sukarelawan dan penerima sumbangan adalah sangat baik. Begitu juga dengan kerjasama dan keprihatinan para dermawan.
No comments:
Post a Comment